Kelas Agama kembali!

Kelas Agama kembali 2011!

Cadangan Khamis malam Jumaat 9malam-10malam

27 January 2011

Dewan atau surau

Insya-Allah.

Friday, February 20, 2009

1. Alhamdulillah 'Sembang Pemuda' ke-4 mlm tadi berjln lancar.Tema Hitam dan Palestin.Lepas habis kitaorg bincang event iaitu '1 Hari Utk Palestin',di Sri Pahang tarikh yg dipersetujui adalah 14 Mac, Sabtu, pagi sampai mlm.Insya-Allah.
2. Pengisiannya:
i.'Pameran Palestin',oleh rakan-rakan NGO,
ii.'Mini Konsert Amal Palestin'.Artis: (budak2 flat yg dah buat album dan sedang nak buat balik album, Insya-Allah) iaitu: 'Nadi', 'Bangsarboyz Reunion'+'Sixth Sense' + Friends of pemuda2 Sri Pahang iaitu artis2 jemputan.....tgh cari lagi artis yg akan join, kalau korang yg tgh baca ni berminat, join la, 1 lagu pun ok, ala buat unplugged je.yg penting luangkan 1 jam utk Palestin & 1 jam utk pemuda2 Sri Pahang.
3.Siapa nak sponsor dialu-alukan.Sponsor barang, sponsor tenaga, sponsor makan, sponsor canopy,sound system, hadiah, alang-alang sponsor terus la peruntukan yg ada hehehe dan yg paling penting sponsor Palestin dan aktiviti pemuda Sri Pahang utk jangka panjang.
4.Juga ada program selingan spt pertandingan utk kanak-kanak&remaja dan lain-lain yg sedang diatur.
5.Next meeting 26hb Feb, Khamis mlm.tapi apa2 hal boleh update kat emel 'red carpet'.dgn Malidini, Jimi,Oni,Amat Nizam, Ayi, Alang dan lain-lain.
' 1 HARI UTK PALESTIN'
' 1 JAM UTK PEMUDA'
' 1 MINIT UTK BERTINDAK'
' 1 SAAT UTK BERFIKIR....'

Friday, February 6, 2009

Kelas Ketiga-Pemuda2 'Gaza' Sri Pahang

(Foto ni lepas selesai Kelas Kali Ke-3 yang bertajuk Palestin.kat dalam dewan yg serba indah hasil usaha Mr Majan Maldini AC Milan.

Alhamdulillah semalam dgn jayanya kita semua mengadakan/menghadiri kelas/sembang agama utk kali ketiga....sebanyak 66 kaki termasuk Faiz yg datg paling lambat.....

Terima kasih kpd cikgu alim atas sumbangan makanan......kedai Maam sponsor Air Teh-O...(bekas air semlm hantar balik tak?)....next session saudara Chen dah booking nak sponsor makan.....(kalau kuih RM20-30 je)


Perkara yang berbangkit juga adalah Project 'Sehari Untuk Palestin' di Sri Pahang.nanti kita bincangkan beramai2 ok....-(Jimie)

Poster Kelas

Poster kelas kita yg dibuat oleh saudara Onie yg rajin.(merangkap jurugambar handphone)
Yg paling best bahagian y
g bertulis 'Siapa yg harus hadir' kehkehkeh

Kelas Kali Pertama


Sejarah:Ni Kelas Kali Pertama (di bilik RT/Rukun Tetangga) Khamis 11 Muharram 1430H,9:30mlm.

Ni pulak Kelas Kali Kedua-Di Surau/Madrasah Ma'muriah.25 Muharram 1430H,9:30mlm.




Syukur Alhamdulillah!

Bismillahirahmanirrahim Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Syukur alhamdulillah dengan izin Allah yang menggerakkan hati kita dan jasad kita semua pemuda Islam di Sri Pahang untuk mengadakan kelas pengisian agama untuk remaja dan pemuda di Flat Sri Pahang tempat kita semua dibesarkan.tak kira fahaman apa dan bendera apa, kelas ini terbuka kepada semua asalkan mengucap 2 kalimah syahadah.

Blog ini diadakan utk dokumentasi aktiviti kita semua, so gunakanlah.Blog ini milik korang.Moga kelas kita yang 2 minggu sekali setiap Khamis mlm Jumaat 9:30mlm ini akan berterusan sampai bila-bila dan boleh diwariskan untuk adik-adik kita pada masa depan.Insya-Allah.